Janna Nick, Duta Terbaru Untuk vivo V7/V7+

vivo Malaysia bakal melancarkan telefon pintar V7/V7+ di pasaran Malaysia pada 26 September ini. Nampaknya mereka ingin mengukuhkan lagi pasaran dengan menampilkan duta terbaru, yang sebelum ini menampilkan penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Siti Nurhaliza. Duta yang menjadi tanda tanya sebelum ini adalah Janna Nick, pelakon terkenal yang telah merangkul Anugerah Pelakon TV Paling Popular dan juga pelakon utama adaptasi drama Coffee Prince.

Selain pelakon, gadis campuran Melayu, Cina dan Pakistan ini juga seorang penyanyi dan gemar melakukan sukan lasak. Nampaknya langkah pemasaran yang diambil vivo ini agak strategik bagi meningkatkan lagi penjualan peranti keluaran mereka.

Vivo V7/V7+ adalah sebuah telefon pintar pertama vivo yang mempertaruhkan penggambaran swafoto beresolusi 24 Megapiksel. Nantikan pengumuman rasmi bagi model vivo V7/V7+ di Facebook vivo Malaysia.

You might also like