Acah Lagi! realme X50 5G Berupaya Mengecas Sehingga 70% Dalam Hanya 30 Minit?

Mengacah lagi! realme kini begitu aktif mengacah orang ramai dengan kemunculan peranti baharu mereka iaitu realme X50 5G. Peranti ini dikatakan bakal dilancarkan di China tidak lama lagi dan dibekalkan dengan sejumlah ciri hebat – termasuk chipset Snapdragon 765G, sokong penggunaan wi-fi dan 5G secara terbina dan sistem penyejukan menakjubkan.

Terkini, realme berkongsi pula poster penggoda yang mendedahkan bahawa realme X50 5G bakal didatangkan dengan sokongan teknologi pengecasan canggih iaitu Flash VOOC 4.0 – yang membolehkan ia mengecas peranti sehingga 70% hanya dalam 30 minit. Menariknya lagi, ia juga bakal dilengkapi sokongan pemantauan penuh yang sempurna bagi mengimbangi kelajuan dan keselamatan peranti.

You might also like