
Tahun lepas HONOR 8X berjaya mencapai 1,000 unit terjual dalam hanya 20 minit di kedai atas talian mereka pada jualan pertama. Sebenarnya peranti ini bukan sahaja terlaris di pasaran tempatan, bahkan amat popular di seluruh dunia kerana ia berjaya dihantar sebanyak 10 juta unit sepanjang masa diperkenalkan.
HONOR 8X ditawarkan untuk pasaran tempatan mulai Oktober lalu pada harga RM949, tersedia dalam empat pilihan warna menarik antaranya merah, biru, hitam dan warna terbaru Phantom Blue.
[ Apa Kelebihan HONOR 8X? ]
Peranti ini selain mempunyai nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 91%, ia juga diserikan dengan cip pemproses Kirin 710 bersama kapasiti bateri 3,750mAh, 4GB RAM dan 128GB ROM (sokongan microSD sehingga 256GB).

Penggambaran gambar tidak kurang hebat, ia mempunyai dwi-lensa beresolusi 20MP + 2MP, selain kamera swafoto 16MP. Anda boleh dapatkan peranti ini di HiHonor, Lazada, Shopee dan kedai penjual HONOR di seluruh negara.
_________________________________
Artikel Berkaitan:
- Jemput “Makan” Pie – HONOR 8X Bakal Menerima Kemas Kini EMUI 9.0
- Miliki Peranti HONOR Idaman Anda Dengan Harga Yang Serius Murah Pada ‘HONOR PayDay Sale’
- Adakah Anda “HONOR My Idol 2019” Yang Dicari?
- Reviu Eksklusif : HONOR View20 – Peranti Raksasa Pengubah Dunia Telefon Pintar
- 7 Sebab Kukuh Anda Tidak Akan Menyesal Beli HONOR View20 – Part Last Paling Best!
- [ Kongsi Tips ] : 5 Gaya OOTD Persis Supermodel – Nak Gambar Lagi POWER? Guna HONOR View20 La!