- Iklan -

OPPO Enco Free True Wireless Headphones Kini Rasmi – Berharga RM499

OPPO terkenal dalam teknologi peranti pintar mereka, terkini mereka turut mengumumkan inisiatif IoT baharu bagi menambahbaikan teknologi yang sedia ada seperti kehadiran OPPO Enco Free True Wireless Headphones yang baru sahaja dirasmikan hari ini dengan harga jualan RM499.

OPPO Enco Free didatangkan dalam 2 pilihan warna iaitu hitam dan putih, sesuai digunakan bagi anda yang inginkan kebebasan dan kepuasan dalam mendengar muzik. Tambahan kualiti audio yang mendapat sokongan dari pembesar suara ultra dinamik, menawarkan prestasi unggul semasa mendengar muzik kegemaran.

Ia mempunyai daya ketahanan yang panjang iaitu sehingga 25 jam, maka anda boleh nikmati muzik tanpa gangguan bekalan bateri yang rendah. OPPO Enco Free berteknologi dual-microphone beam-forming dan AI uplink noise cancellation ini boleh didapati melalui OPPO Concept Stores, OPPO Online Store, Lazada, Shopee, Senheng, senQ dan DirectD pada harga RM499.

 

You might also like