Reviu Eksklusif: HONOR MagicWatch 2 Jam Tangan Pintar Yang Memang Genius!!!

Pada zaman sekarang ini, jam tangan bukan hanya sekadar nak melihat waktu. Pelbagai fungsi-fungsi awesome yang dihadirkan pada jam pintar. Begitu juga HONOR MagicWatch 2 yang tampil dengan fungsi yang sangat hebat dan sememangnya genius!! Tapi betul ke? Atau hanya sekadar drama semata-mata. Jom kita tengok!

Spesifikasi HONOR Watch magic 2

Sebelum nak tahu jam tangan ini power atau tidak, korang kena tahu dulu spesifikasi peranti ini! Nah tengok sendiri!

Skrin: 1.39″ full-color AMOLED full-screen
Pemproses: HUAWEI Kirin A1
Memori: 4GB ROM, 32MB RAM
Warna: Charcoal Black
Saiz: 45.9 mm × 45.9 mm x 10.7 mm
Sensor: Accelerometer sensor, Gyroscope sensor, Magnetometer sensor, Optical heart rate sensor, Ambient light sensor, Barometer sensor, Capacitive sensor
Bateri: 455 mAh
Port Pengecasan: Magnetic thimble charging port

 

Rekaan Memang Mewah!

Sekali imbas memang seperti jam tangan yang biasa. Namun jika dilihat dengan teliti, perincian yang ditampilkan sangat baik.

Jam tangan ini diperbuat daripada 316L stainless steel yang kebiasaanya digunakan dalam industri aero angkasa yang memberikan daya tahan yang baik.

Sentuhan warna merah pada butang kawalan memberikan nilai eksklusif pada jam tangan ini.

Cermin skrin yang sedikit melengkung pada muka jam ini memberikan nafas baharu pada HONOR MagicWatch 2.

Korang mesti tak puas tengok reka bentuk yang sangat seksi ni kan. Meh tengok lagi!

Skrin Yang Awesome!!

Kalau korang nak tau, HONOR MagicWatch 2 dihadirkan dengan 1.39″ full-color AMOLED full-screen. Jadi kualiti paparannya tak dapat disangkal lagi memang terbaik. Warna yang terhasil juga sangat baik.

Yang unik mengenai paparan ini adalah ia mampu menetapkan gambar yang anda inginkan untuk dijadikan sebagai wallpaper. Nak letak muka sendiri pun boleh!

Nak lagi best?? Dia ada Always On Display!! sentiasa terpampang waktu pada skrin korang tau!!

Prestasi Smooth Giler!

Nak guna jam tangan pintar ini, kalau prestasi lemah dan selalu lag, giler tak syiok!!! Tapi korang jangan risau sebab HONOR MagicWatch 2 ini confirm sangat smooth dan tak ada lag sebab ia dihadirkan dengan HUAWEI Kirin A1 yang mampu memproses data dengan pantas dan menjimatkan tenaga!

Jurulatih Kesihatan Anda!!

Kalau korang nak tahu, HONOR MagicWatch 2 ini dihadirkan dengan 13 jenis senaman. Ini termasuklah Outdoor run, Indoor run, Outdoor Walk, Indoor Walk, Outdoor Cycle, Indoor Cycle, berenang dan banyak lagi!

Kami pun try jugak berjalan dan merekodkan ketika melakukan Outdoor Walk. Keputusannya sangat tepat dan mudah untuk di pantau. Maklumat yang direkodkan juga lebih terperinci termasuklah kadar degupan jantung, jarak, dan juga Pace. Tak percaya? Tengok ni.

Untuk larian juga ia disertakan dengan 13 jenis Running course yang boleh dilakukan oleh pengguna. Ala-ala coach gittew.

Terdapat juga VoiceOver disertakan pada jam ini sebagai panduan ketika anda menggunakan ketika melakukan senaman.

Lagi syiok apabila jam tangan ini boleh bantu korang memastikan keselamatan ketika melakukan senaman menerusi VO2Max. Ia mampu memberikan jangkaan daripada latihan anda. ia akan memberitahu berapa lama yang diperlukan untuk pulih sebelum beralih kepada aktiviti yang seterusnya.

Ketika korang berlari atau berjalan, jam tangan ini mampu mengukur dan merekodkan kelajuan larian, berjalan atau ketika berbasikal kerana ia turut dihadirkan dengan Dual Satellite Positioning Systems3.

Kesihatan minda pun penting juga tau!! Jadi korang tak akan rasa tertekan ketika melakukan aktiviti seharian. Jadi HONOR MagicWatch 2 ini turut disertakan dengan HUAWEI TruRelax. Ia akan mengajar anda beberapa teknik pernafasan untuk memastikan anda berada dalam keadaaan tenang.

 

Ada jugak HUAWEI TruSleep 2.0 untuk korang pantau patern tidur korang. Barulah boleh dapat tidur yang berkualiti gittew!!

HONOR MagicWatch 2 Dah Macam Telefon!!!

Best giler!!! Korang boleh dengar lagu menggunakan HONOR MagicWatch 2 tau! Jam tangan ini dibina dengan storan 4GB. Anda boleh terus mendengar lagu menggunakan jam tangan ini. Bunyi yang terhasil juga sangat jelas.

Disebabkan ia dihadirkan dengan speaker, anda juga boleh menggunakan peranti ini untuk menjawab panggilan. Woww!!! Serius macam telefon!

 

HONOR MagicWatch 2 Hebat Di Air!

Yang hebat mengenai HONOR MagicWatch 2 di mampu bertahan di dalam air sehingga kedalaman 50m. Ia turut dihadirkan dengan HUAWEI TruSeen 3.5 yang mampu memantau prestasi renangan dan mengukur dengan tepat kadar degupan jantung anda termasuklah SWOLF, jarak, kalories dan kelajuan.

 

Apa Kata Editor

Buat korang yang suka untuk menjaga kesiahatan disampil ingin bergaya dengan jam tangan yang style dengan ciri-ciri terbaik seperti telefon pintar, HONOR MagicWatch 2 adalah jawapannya. Semamangnya berbaloi untuk anda miliki dengan harga bermula dari RM699!!!

______________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like