
Celcom dan Maxis kini berjaya menjalankan percubaan 5G Multi Operator Core Network (MOCN) pertama di Asia Tenggara di tapak percubaan Langkawi, Kedah dengan mencapai kelajuan puncak melebihi 1.1Gbps.
Dengan menggunakan MOCN, Celcom dan Maxis dapat meluaskan liputan 5G di tapak sedia-ada dengan lebih cepat, seterusnya menunjukkan kebolehlaksanaan perkongsian infrastruktur 5G apabila spektrum diperuntukkan untuk kegunaan komersil kelak.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen kedua-dua telco dalam merealisasikan pengalaman yang lancar dalam perkongsian aktif infrastruktur 5G, sekaligus memberi manfaat dan melengkapi cita-cita 5G Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam melaksanakan inovasi terbaik kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia.
Selain itu, Celcom dan Maxis juga akan menjalankan percubaan perkongsian aktif RAN (Perkongsian Rangkaian Radio) menggunakan rangkaian 5G Standalone (5G SA) pada Q1 2020 akan datang.
__________________
BACA JUGA:
- Vivo Bakal Muncul Dengan 5 Buah Peranti Pintar Bersama Sokongan 5G Pada Tahun 2020!
- U Mobile Jalankan Ujian Rangkaian 5G Secara Langsung Di Langkawi

