
Halu halu semuaaa! Jom ramai-ramai memeriahkan roadshow OPPO Reno 10x Zoom yang akan berlangsung di Orange concourse, Sunway Pyramid pada 18 Jun 2019 bermula jam 6.30 petang! Memang rugi la ceritanya kalau terlepas…
Tampil dengan aura berbeza, roadshow ini menjanjikan sesuatu yang luar biasa dan istimewa khususnya buat peminat OPPO. Di samping itu, OPPO juga bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi (TELCO) terbesar seperti Celcom dan Digi – membolehkan pengguna menikmati promosi hebat untuk OPPO Reno 10x Zoom.
Lebih istimewa pelakon berbakat, Amyra Rosli turut bersama memeriahkan roadshow ini sekaligus dapat memperluaskan pengenalan model ini kepada pembeli tempatan. Tidak terhenti di situ, OPPO turut bekerjasama dengan selebriti, Pamela Tan dan Eddie Putera.
Dijual pada harga RM3,399, OPPO Reno 10x Zoom kini tersedia untuk sesi pra-tempah sehingga 17 Jun 2019. Sesi pra-tempah boleh dibuat menerusi beberapa saluran berbeza termasuk OPPO Online Store, Lazada dan Shoopee.
Lebih menarik, setiap pra tempah didatangkan dengan didatangkan dengan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM877 termasuk Gimbal stabilizer (RM599) dan jaminan waranti tambahan + perlindungan skrin percuma selama setahun (RM139 setiap satu).
Aha! Teruja tak? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman ‘bermain’ serta menguji sendiri OPPO Reno 10x Zoom impian anda. Jumpa anda di sana! Untuk maklumat lanjut, layari OPPO Malaysia.