Terjahan Padu AMD Dalam Pasaran Komputer Riba! Intel Ketaq Lutut Ke tu???


Intel sudah patut mula rasa tercabar dengan AMD jika dilihatkan pada apa yang mampu ditawarkan cip pemproses AMD yang dipadankan di dalam komputer riba terbaru ASUS ROG Zephyrus G14. Tanggapan bahawa kelebihan cip pemproses AMD untuk komputer riba hanya pada harga sudah boleh dibuang jauh, kerana cip terbaru AMD Ryzen 9-4900HS dilihat bakal mengubah lanskap pasaran komputer riba.

Kelebihan AMD Ryzen 9-4900HS


Kesemua cip siri Ryzen 4000 APU adalah berasaskan Zen 2, menggunakan binaan 7nm yang dipadankan dengan pemproses grafik Vega. Apa yang paling menarik pada cip terbaru ini adalah ia menawarkan prestasi yang selamba menapau cip-cip tertinggi Intel sambil menggunakan kuasa yang rendah. Harga pun not bad!

Jom tengok skor benchmark AMD Ryzen 9-4900HS apabila dipertandingkan dengan cip-cip lain di pasaran.

Di dalam ujian Cinebench R20, melihat cip AMD mendominasi skor dengan skor tertinggi di dalam prestasi multi-thread dan juga single-thread. AMD Ryzen 9-4900HS 35% lebih pantas dari Intel Core i9-9880H (8 teras) apabila menggunakan semua teras dan 7% lebih pantas di dalam mod satu teras. Sangat mengagumkan jika kita fikirkan yang cip ini hanya menggunkan kuasa 45W. WOW!

Sebenarnya banyak lagi hasil ujian yang korang boleh baca di internet, namun kami tidak mahu membosankan korang dengan data dan skor. Memadailah bahawa kami sungguh kagum melihatkan skor-skor yang dicapai cip pemproses ini. Tahniah AMD!

ASUS ROG Zephyrus G14

Beralih pula kepada komputer riba yang dimuatkan cip AMD Ryzen 9-4900HS. Kami masih belum mendapat unit ini untuk ulasan, namun ini yang kami boleh rungkai dan kongsikan mengenai komputer riba ini.

Berikut adalah spesifikasi asas ASUS ROG Zephyrus G14:

  • Paparan 14 inci (1920 x 1080 piksel)
  • CPU AMD Ryzen 9 4900HS
  • GPU Nvidia GeForce RTX 2060 Max-Q
  • 16GB DDR4 3200MHz SDRAM
  • 1TB NVMe PCIe 3.0 SSD
  • Tiada kamera web
  • Intel Wi-Fi 6, Bluetooth 5
  • Bateri 4-cell 76WHr
  • Adapter 180W AC

Ada yang pelik tak bila korang tengok spesifikasi di atas? Ya, komputer riba ini tiada kamera web. Namun ianya bukanlah sesuatu yang pelik kerana komputer riba ini disasarkan kepada para gamers yang jarang sekali menggunakan kamera web, bagi para streamers pula, majoriti mempunyai setup kamera kendiri untuk tujuan streaming, jadi bagi kami ia bukanlah sesuatu yang merisaukan apabila komputer riba ini tidak mempunyai kamera web.

Saiz 14 inci pulak memang just nice untuk kita bawa ke hulu hilir komputer riba ini. Kini memiliki komputer riba berprestasi tinggi tidak lagi membebankan. Mengikut beberapa laporan, bateri pada komputer riba ini mampu bertahan sehingga 11 jam denganpenggunaan normal, menjadikan ia komputer riba gaming dengan bateri yang paling lama bertahan.

Kami sendiri sudah tidak sabar untuk mencuba sendiri komputer riba ini. Jangan lupa ikuti berita terbaru melalui laman Facebook eRing dan juga web kami. Kami akan kongsikan ulasan komputer riba ini apabila kami berjaya mendapatkan ASUS ROG Zephyrus G14.

 

You might also like