Redmi K30 Bakal Diperkenal Kepada Umum Pada 10 Disember 2019!

Selepas berjaya merangkul kejayaan berganda menerusi kemunculan siri K20 sebelum ini, Redmi kini nampaknya bersedia untuk membawa pewaris baru untuk siri tersebut iaitu Redmi K30.

Memetik poster acah tersebar, Redmi K30 bakal diperkenalkan secara rasmi pada 10 Disember 2019 dalam sebuah acara pelancaran yang bakal berlangsung di China. Jika diteliti, poster acah juga secara tidak langsung turut mendedahkan rekaan paparan hadapan peranti – dua kamera selfie mirip seakan-akan Samsung Galaxy S10+. Selain itu, ia turut bakal menyertakan sokongan rangkaian 5G .

Apa agaknya perancangan Redmi untuk model kali ini? Apa lagi kejutan istimewa untuk peminat setia? Sama-sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

You might also like