Permainan Star Wars Jedi: Fallen Order Laku Keras Secara Digital !!! – Permainan Paling Laris Bagi Siri Star Wars

Star Wars pastinya 1 penjenamaan yang sangat popular tidak kiralah di layar perak mahupun di dalam game. Jadi tidak hairanlah permainan Star Wars Jedi: Fallen Order merupakan permainan paling laris secara digital bagi barisan permainan Star Wars.

Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh EA dan Respawn Entertaiment. Menurut mereka permainan ini laris secara digital dan juga mencatatkan penjualan tertinggi ketika hari pelancaran.

Walaubagaimanapun, mereka tidak menyatakan jumlah penjualan permainan ini.

Permainan Star Wars Jedi: Fallen Order telah dirasmikan pada 15 November bagi platform PlayStation, Xbox One dan PC.

__________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like