Full Speed Flagship Dah Nak Datang! realme X2 Pro Sokong Cip Snapdragon 855 Plus!

Bahang pelancaran realme X2 Pro semakin terasa! Hanya berbaki kurang daripada satu minggu sahaja lagi realme Malaysia bakal memperkenalkan smartphone flagship terbaru tersebut ke pasaran tempatan – dijadualkan berlangsung pada 2 Disember 2019!

Nah! realme nampaknya menambah lagi keterujaan dengan mengacah beberapa spesifikasi utama yang bakal di bawa oleh peranti tersebut – termasuk enjin dalamannya bakal dikuasakan dengan cip pemproses paling berkuasa iaitu Snapdragon 855 Plus! Wah, wah bukan kaleng-kaleng ni!

Ha! Menarik bukan? Nak tahu apa lagi kejutan lain yang bakal dibawa oleh realme untuk kali ini? Sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi pada 2 Disember ini dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

You might also like