
Samsung Galaxy Watch Active2 Muncul – Tampil Bergaya Dengan Sejumlah Ciri Dipertingkatkan
Akhirnya muncul secara rasmi! Samsung Electronics Co Ltd kini memperkenalkan Samsung Galaxy Watch Active2 – tambahan baharu untuk segmen smartwatch Galaxy. Model baharu ini dilihat mempunyai kelebihan tersendiri dan tampil bergaya dengan sejumlah ciri-ciri baru yang mengagumkan.
Untuk reke bentuk, model bahari ini dibina dalam dua saiz berbeza – 44mm dan 40mm. Untuk model 40mm, ia bakal didatangkan dengan paparan bersaiz 1.2 inci. Manakala model 44mm pula, dilengkapi dengan paparan 1.4 inci. Model 40mm dilengkapi bateri 247mAh, manakala model 44mm pula memuatkan bateri 340 mAh.
Selain itu, ia juga didatangkan dengan dua gaya menarik : Aluminium ringan dengan Band Flueroelastomer (FKM) & keluli tahan karat dengan tali kulit. Model baharu ini juga menggunakan muka jam berbentuk bulat dengan skrin Super AMOLED bersama rekaan bingkai yang boleh berputar bagi memudahkan penggunaan pada skrin. One UI pada model ini juga dinaiktaraf bagi menawarkan pengguna pengalaman lebih baik.
Enjin dalaman dijana oleh cip Exynos 9110 Dual Core 1.15GHz dan dibantu memori 768MB serta storan 4GB. Samsung Galaxy Watch Active2 menggunakan sistem operasi Tizen dan keserasian peranti boleh digunakan pada peranti Andoird mahupun iPhone. Jam pintar ini juga dilengkapi rintangan air 5ATM.
Samsung Galaxy Watch Active2 membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan – menyokong pelbagai ciri kecergasan sehingga 39 jenis latihan (7 daripadanya boleh diaktifkan secara automatik termasuk berjalan, berjalan, berbasikal, berenang dan sebagainya). Ia juga membantu pengguna menjejaki tahap tekanan masa nyata melalui fungsi Samsung Health dan turut menyertakan sejumlah program berfokuskan meditasi.
https://www.youtube.com/watch?v=5WJD4XjYGTM
Ciri menarik lain termasuklah menyokong fungsi Spotify, Watch Camera Controller, Samsung Pay dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy Watch Active 2, sila layari Samsung.