ZUK Z2 Pro Diperkenalkan Dengan Memori Sebesar 128GB & 64GB

ZUK Z2 ProZUK merupakan salah satu jenama pengeluar peranti yang dimiliki oleh Lenovo. Selepas memperkenalkan smartphone pertama yang dikenali sebagai ZUK Z1 pada tahun lepas, kini mereka kembali dengan model baru yang telah dinaiktaraf iaitu Zuk Z2 Pro.

Peranti ini telah dioperasikan oleh Android 6.0.1 Marshmallow dan dikuasakan bersama Snapdragon 820. Apa yang istimewanya smartphone ini, ia menawarkan dua pilihan memori dalaman iaitu 128GB, 6GB RAM dan versi asas dengan memori dalaman sebesar 64GB, 4GB RAM.

未命名_meitu_0

Menampilkan paparan skrin berukuran 5.2 inci beresolusi HD penuh, Zuk Z2 Pro tidak ketinggalan menyediakan lensa kamera utama 13 Megapixel ISOCELL bersama sokongan OIS, manakala kamera depan beresolusi 8 Megapiksel f/2.0 dan 1.4 µm pixel size serta bateri Li-Ion berkapasiti 3100mAh.

Selain itu, ia turut menyertakan pengecas terkini, USB Type-C dengan sokongan USB 3.1. Tidak ketinggalan juga teknologi pengecaman cap jari untuk keselamatan tambahan. ZUK Z2 Pro ini akan mula dijual di pasaran China terlebih dahulu berharga ¥ 2699 (anggaran RM 1623).

 

 

You might also like