
Ada berita kurang baik bagi mereka yang menggunakan OneDrive sebagai sistem storan data cloud utama, baru-baru ini Microsoft sudah mengambil langkah untuk mengurangkan jumlah storan percuma dari 15GB kepada 5GB.
Sebelum ini anda boleh menggunakan ruangan 15GB tanpa membayar apa-apa yuran servis dan servis tersebut hadir bersama ruangan bonus untuk anda muat naik fail gambar daripada peranti mudah alih, namun tidak lama lagi ciri-ciri tersebut bakal ditarik Microsoft.
Menurut Microsoft, fasa pertukaran sistem storan tersebut akan berkuat kuasa bermula 27 Julai 2016. Namun bagi mereka yang masih ingin menggunakan ruagan OneDrive yang lebih besar, anda boleh membuat bayaran bulanan sebanyak USD 1.99 (RM 7.78).

