Spotify Membeli Syarikat Teknologi Pengecaman Audio

Sonalytic, sebuah firma teknologi yang membangunkan sistem pengecaman audio dan muzik, baru sahaja diambil alih oleh Spotify. Selepas ini kepakaran Sonalytic akan digunakan untuk memperbaiki, menaik taraf dan mungkin sahaja menawarkan fungsi baru kepada servis Spotify.

Sonalytic Inc. yang kini berpusat di London berkata teknologi yang dibangunkan mereka mampu mengecam dan menganalisa algoritma bunyi dengan pantas dan juga memantau informasi hak cipta dan perlesenan audio. Teknologi mereka mampu memberikan pengalaman “Discovery” muzik yang lebih baik dan menyeronokkan buat pengguna.

Di dalam blog mereka, Spotify hanya mengumumkan pembelian Sonalytic, tanpa sebarang penerangan bagaimanakah mereka mahu menggunakan teknologi dan kepakaran syarikat tersebut pada masa hadapan.

You might also like