Peranti Huawei Mate 10 yang terbaru dari Huawei untuk tahun ini menawarkan sejumlah ciri-ciri yang menarik. Salah satunya cip ialah pemproses Kirin 970 kini dilengkapi Neural Network Processing Unit (NPU) iaitu teknologi kecerdasan pintar yang pertama seumpanya diperkenalkan pada telefon pintar.

Ini membuatkan ramai pengguna mula tertarik sekaligus pada hari pertama penjualan di Malaysia telah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan. Peminat peranti ini sanggup meluangkan masa dengan beratur seawal jam 3 pagi di pintu utama Huawei Pavilion Elite untuk menjadi pembeli yang terawal.

Di sana, pembeli yang terawal melakukan pembelian telah menerima layanan VIP daripada kakitangan Huawei. Bukan itu sahaja, sesi pra-tempah yang diadakan sebelum itu juga telah mencatatkan sebanyak 10,000 unit tempahan ini disebabkan Huawei Mate 10 dijual pada harga tidak terlalu tinggi iaitu RM2,699 seunit.

Huawei Mate 10 ditawarkan dengan pilihan warna Black di semua cawangan Huawei Experience Store, Display Zone, rakan telco, dan pengedar sah bermula hari ini. Manakala dua lagi pilihan warna iaitu Mocha Brown dan Champaign Gold akan tiba di pasaran tidak lama lagi.
Huawei Mate 10 didatangkan dengan kamera depan dan belakang berteknologi Leica selain skrin dengan nisbah 16:9 menerusi paparan OLED QHD. Dengan bateri sebesar 4,000mAh ini, ia juga dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo serta menyokong sambungan dwi SIM 4G LTE yang terpantas di dunia.

Apa yang boleh dikatakan, peranti Huawei Mate 10 ini menawarkan ciri-ciri serba canggih yang mampu menandingi peranti flagship yang lain. Jadi bagi anda yang berminat, Huawei Mate 10 boleh dipertimbangkan.

