
ZTE Max XL Mula Diumumkan Dengan Paparan 6 Inci, Android 7.1.1 Nougat
Syarikat pengeluar dari negara ‘Tembok Besar’ ini sering menyediakan peranti yang cukup baik di pasaran dan berdaya saing. Baru-baru ini, ZTE telah perkenalkan model terbarunya iaitu Max XL dengan sokongan paparan skrin yang besar sesuai untuk pengguna yang mementingkan aspek multimedia.
Lebih menariknya, harga yang ditawarkan adalah sangat kompetitif iaitu hanya USD129.99 (kira-kira RM565). Phablet ini menampilkan paparan skrin berukuran 6 inci beresolusi 1080p HD penuh yang dikuasakan oleh pemproses terbaru iaitu Qualcomm Snapdragon 435. Dengan harga jualan yang mampu milik, ZTE Max XL turut menampilkan sokongan spesifikasi yang boleh dianggap sangat baik.
Cipset |
Qualcomm Snapdragon 435 |
RAM |
2 GB |
Storan |
16 GB sokongan memori tambahan |
OS |
Android 7.1.1 Nougat |
Paparan |
6 inci 1080p IPS LCD |
Bateri |
3990 mAh |
Kamera |
13 Megapiksel (utama), 5 Megapiksel (Depan) |
Pengesan cap jari |
Tersedia di panel belakang |
Buat masa ini, pengguna di Amerika Syarikat boleh membeli model tersebut secara atas talian di ZTE dengan potongan harga sebanyak USD28 (kira-kira RM121). Walaupun ditawarkan pada harga yang murah, ZTE Max XL telah dioperasikan dengan versi terbaru Android 7.1.1 Nougat yang sememangnya jarang ditemui pada peranti lain terutamanya dalam kelas harganya.
Diharapkan agar pihak ZTE Malaysia akan membawa masuk model ini ke pasaran tempatan pada masa akan datang kerana ia sudah tentunya mendapat perhatian pengguna di luar sana.