Celcom Berikan Data Percuma Untuk Facebook & WhatsApp Selama Seminggu

Pada minggu lepas, rangkaian Celcom agak terganggu apabila pengguna cuba untuk mengakses Facebook dan WhatsApp. Oleh kerana itu, Celcom akan memberikan data Internet percuma tanpa had kepada pengguna Celcom dan Xpax selama seminggu bermula dari 29 April 2017 sehingga 5 Mei 2017. Penggunaan kuota data Internet dalam Facebook dan WhatsApp tidak akan ditolak dalam tempoh berkenaan.

Dalam masa yang sama, Celcom menyatakan akan bekerjasama dengan pihak Facebook untuk menawarkan pengalaman lebih baik kepada pelanggannya. Selain itu, proses menaik taraf akan dipercepatkan dan dijangka selesai akhir bulan ini.

You might also like