Ketahui Di sebalik Tabir Siri HONOR X! Kualiti Terbukti Dengan Kadar Penuaan Hanya 3.8% Selepas Penggunaan Tempoh 36 Bulan!

hanya 3.8% selepas penggunaan tempoh 36 bulan!

HONOR bakal membuat kemunculan pertama tahun ini dengan pelancaran mega empat produk, menggambarkan statusnya sebagai kuasa besar dalam dunia pembuatan telefon pintar. Seperti dijangka barisan model-model Siri HONOR X; HONOR X9, HONOR X8, dan HONOR X7 berserta
versi baru komputer riba. Slogan “Lagi Tahan Lagi Best” kelihatan dalam video di Facebook HONOR Malaysia, menandakan kemunculan sebuah telefon pintar yang tahan lasak dan tahan lama. Jadi apa kaitan Siri HONOR X dengan “Lagi Tahan Lagi Best”?

Apa itu “Lagi Tahan Lagi Best”?

Difahamkan Siri HONOR X seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut diuji kualitinya, malah melalui beberapa ujian seperti ujian tekanan ringan sebanyak
2,000 kali, ujian sesentuh pad 800,000 kali dan Ujian Tahan Karat Dengan Semburan Garam Berterusan 24 jam – semuanya demi memastikan setiap satunya
lulus cabaran pengeluaran sebelum ke proses selanjutnya. Dari segi prestasi, HONOR X9 diuji dan lulus dengan cemerlang dengan kadar
penuaan hanya 3.8% selepas penggunaan selama 3 tahun. Diuji dalam tempoh 36 bulan, ia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda lembab sekaligus memberi
jaminan kualiti terbaik kepada pengguna. Jadi di mana HONOR mendapat keyakinan seperti itu?

HONOR menanamkan DNA Kualiti dalam setiap siri produk Sejak berdiri sebagai jenama sendiri, HONOR menyusun semula struktur
dalamannya dan berdiri gah melalui pelancaran HONOR Magic V. Ia masih mendapat permintaan ramai walaupun harganya meningkat 40%, diikuti siri HONOR
Magic4 selepas pelancarannya di MWC 2022, terus memantapkan kedudukannya dalam bidang telefon pintar flagship. Terima kasih kepada peningkatannya baru-baru ini, HONOR dijangka menjadi salah satu tiga jenama telefon pintar premium terbesar.

Cabaran untuk mengejar kualiti kini bukan sesuatu yang asing, memberi HONOR keupayaan menyesuaikan diri dan kekuatan dalam teknologi canggih. Ganjaran
terbaik semestinya hasil maklum balas pengguna demi permintaan berkualiti tinggi dalam Siri X yang hebat sama seperti telefon tahap flagship.
Malaysia kini menantikan pelancaran HONOR pada 29 Mac akan datang. Pelancaran produk baharu bertemakan “Ready To Go Beyond” pastinya sesuatu yang tidak boleh dilepaskan! Ini pastinya membuatkan ramai teruja dan di luar jangkaan rakyat Malaysia.

Peminat boleh melayari video di sebalik tabir pembuatan Siri X. Pastinya ini sesuatu yang anda tidak boleh lepaskan: https://www.facebook.com/HonorMY/videos/388198409449276/

Untuk pengumuman rasmi dari semasa ke semasa, terus bersama kami dengan mengikuti laman web rasmi HONOR, Twitter rasmi @honormalaysia dan Facebook
HONOR Malaysia.

You might also like