Memperlihatkan Nubia Z17 Mini, Dengan Dwi-Kamera Dan 6GB RAM

Menggunakan Cristiano Ronaldo sebagai duta, Nubia telah memperkenalkan model baharu mereka iaitu Z17 Mini bercirikan dwi-kamera 13 megapiksel (monochrome + RGB) dengan f/2.2 aperture, manakala kamera depan 16 megapiksel f/2.0 aperture menjadikan pengalaman swafoto anda lebih menawan.

Walaupun menggunakan nama “Mini” pada Z17 ini, namun paparan skrin masih lagi dianggap besar iaitu 5.2 inci HD penuh. Cip pemprosesan Snapdragon 652/653 dan cip grafik Adreno 510 menjadi nadi utama bagi peranti ini, dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow di bawah Nubia UI 4.0.

Selain itu, Z17 Mini telah dipadatkan dengan ciri-ciri lain seperti sokongan 4G VoLTE, WiFi 802.11ac (2.4/5GHz), Bluetooth 4.1, GPS + GLONASS, NFC serta USB Type-C. Kapasiti bateri pula adalah 2950mAh yang menyokong pengecasan pantas.

Nubia Z17 Mini akan hadir dengan dua varian iaitu 4GB RAM dan 6GB RAM, sementara memori dalaman bagi kedua-dua varian ini hanya 64GB, tetapi masih menyokong kad microSD sehingga 200GB. Harga bagi model 4GB RAM adalah RMB1,699 (kira-kira RM1,090), manakala model 6GB RAM adalah RMB1,999 (kira-kira RM1,287).

Champagne Gold
Black Gold

 

Spesifikasi

Sistem Operasi Android 6.0 Marshmallow, Nubia UI 4.0
Cipset (4GB) Qualcomm MSM8976 Snapdragon 652
(6GB) Qualcomm MSM8976pro Snapdragon 653
CPU 4xA72 + 4xA53
GPU Adreno 510
Dimensi / Berat 146.65 x 72.5 x 7.45mm / 155g
Skrin 5.2 inci, 1920 x 1080 (~424ppi), Corning Gorilla Glass
Memori RAM: 4GB / 6GB
ROM: 64GB (sokong kad microSD sehingga 200GB)
Bateri 2950mAh
Kamera Utama 13MP + 13MP, IMX258 RGB sensor + IMX258 MONO sensor, f/2.2 Aperture
Kamera Hadapan 16MP, f/2.0 Aperture
Warna Black Gold /  Champagne Gold

 

You might also like