
Peminat honor ada “permainan” baru lagi! Pihak honor Malaysia hari ini telah menghantar satu imej acah kepada kami, dengan slogan “Xtraordinary Coming Soon” jelas memperlihatkan peranti baharu Honor 8X yang baru sahaja dilancarkan di China bakal akan dibawa masuk ke pasaran tempatan.
Menerusi gambar, nombor 91% sangat jelas dilihat bermakna peranti honor 8X ini menawarkan nisbah skrin-ke-kerangka yang cukup luas.
Ciri-ciri menarik yang ada pada honor 8X selain nisbah skrin, termasuk penggunaan cip pemproses Kirin 710 bersama 6GB RAM dan 128GB ROM, teknologi GPU Turbo, bateri berkapasiti 3,750mAh, dwi kamera utama 20MP + 2MP, 16MP kamera hadapan dengan sebilangan fungsi penggambaran yang penuh hiburan.
Adakah model honor 8X Max akan turut hadir pada pelancaran nanti? Buat masa kini tiada berita lanjut dari honor Malaysia, apa-apa kita tunggu sahaja event nanti ya.