
Baru-baru ini, Huawei dan Balai Seni Visual Negara menjalin kerjasama menganjurkan sebuah bengkel seni digital untuk menawan keindahan Malaysia melalui lakaran menggunakan tablet MediaPad M5 Pro – sebahagian daripada kempen, “Capture the Beauty in Malaysia”.
Melalui bengkel itu, para peserta berpeluang mendapat pengetahuan secara mendalam untuk menggunakan tablet M5 Pro bagi menghasilkan lakaran dan lukisan yang cantik dan kreatif.
Dalam masa sama, pihak huawei turut menyampaikan cenderamata kepada Balai Seni Visual Negara sempena sambutan ulang tahun yang ke-60.
Lebih menariknya lagi, cenderahati tersebut dihasilkan dalam bentuk seni digital oleh artis digital tempatan, Chong Fei Giap menggunakan tablet M5 Pro.
M5 Pro adalah sebuah peranti yang ideal untuk menghasilkan karya seni digital hadir dengan skrin bersaiz 10.8 inci bersama resolusi 2560 x 1600 piksel dan dijana oleh cip Kirin 960.
Turut melengkapinya adalah memori sebesar 4GB RAM bersama storan sebesar 64GB. Ia hadir dengan sokongan empat speaker dan dilengkapi bateri berkapasiti 7500mAh didalamnya.
M5 Pro kini boleh didapati di semua kedai konsep Huawei di seluruh negara dengan harga RM1,929 seunit. Manakala untuk MediaPad M5 pula hanya pada harga RM1,539.
Baca juga:
- [Pandang Pertama] Fizikal Huawei MediaPad M5 Pro
- Reviu Eksklusif: Huawei MediaPad M5 + ipega 9023 Alat Kawalan Permainan