Maxis Perkenal Ang Pao HuatAR Dengan Sokongan Realiti Tambahan

Sempena meraikan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma, Maxis telah membawakan satu kelainan dengan memperkenalkan Ang Pao HuatAR iaitu satu koleksi paket ang pao yang pertama seumpamanya dilengkapi dengan sokongan realiti tambahan (AR).

Kini dengan adanya Ang Pao HuatAR dan juga bantuan daripada aplikasi Maxis HuatAR, pengguna boleh menonton tarian singa yang dikenali sebagai Ah Huat pada paparan skrin telefon pintar anda. Menurut Tai Kam Leong selaku Ketua Jenama dan Kerjasama Maxis Malaysia, sokongan realiti tambahan atau AR membolehkan pelanggan Maxis menyambut kemeriahan Tahun Baru Cina dengan cara yang inovatif dan menghiburkan.

Terdapat tiga warna dengan rekaan berbeza boleh dipilih.

Ang pao HuatAR Maxis ini disediakan dalam tiga warna dan reka bentuk iaitu merah, emas serta merah jambu. Setiap satu daripada ang pao itu menampilkan Ah Huat yang unik dengan gerak tarian yang berbeza. Bagi rakyat Malaysia, tarian singa tradisional merupakan satu simbolik atau upacara meminta tuah dan juga kemakmuran ke rumah semasa musim perayaan, iaitu boleh disimpulkan juga sebagai ‘huat’ dalam bahasa Cina.

Cara-cara untuk mengakses HuatAR:

  1. Apabila menerima ang pao Huat AR, imbas kod QR yang terdapat di penutup sampul untuk memuat turun aplikasi HuatAR di Google Play Store atau Apple Play Store. Anda juga boleh melayari laman rasmi Maxis.

  2. Muat turun dan buka aplikasi HuatAR dan imbas bahagian depan ang pao anda.

  3. Ah Huat akan ‘dihidupkan’ dengan serta-merta di skrin telefon pintar.

You might also like