500 Pembeli Pra-Tempah OPPO F5 Dashing Blue Akan Menerima Set Kotak Edisi Terhad

Model baharu OPPO F5 Dashing Blue baru sahaja dilancarkan secara rasmi di negara ini pada 30 Januari 2018 yang lalu. Nampaknya 500 pembeli terawal yang membuat pra-tempah model ini melalui platform dalam talian seperti Lazada, 11street dan Shopee akan turut menerima set kotak edisi terhad yang jua tampil dalam warna yang sama iaitu biru.

Apa yang menariknya, set kotak edisi terhad ini juga akan turut disediakan dengan sarung pelindung eksklusif yang dihiasi dengan kristal Swarovski dengan cetakan teks daripada laser pada bahagian belakangnya. Ini bermaksud pembeli boleh memasukkan nama ataupun teks yang tidak melebihi 10 karakter.

Sehubungan dengan itu juga, OPPO turut mengumumkan ketersediaan filem pendek berjudul ‘Listen to your heart‘ (倾听你的声音) pada 30 Januari yang lalu. Filem pendek ini turut memperlihatkan penampilan istimewa Eric Chou dan juga Min Chen.

Untuk menonton filem pendek ‘Listen to your heart’ sila layari:

You might also like