Samsung Premium Experience Store Dibuka Di Pavilion KL

Ruang utama

Samsung Malaysia Electronics (SME) baru-baru ini telah merasmikan pembukaan kedai baharu mereka di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur. Diberi nama Samsung Premium Experience Store, ia sebuah tempat dan ruang bilik pameran premium khusus menjual produk-produk terbaru Samsung.

Kedai premium ini menawarkan pengalaman membeli mewah kepada pengguna sepadan dengan lokasinya yang terletak di tengah-tengah segi tiga emas Kuala Lumpur. Pembukaan stor ini juga mensasarkan pengunjung tempatan, pelancong, peminat teknologi, dan peminat Samsung sendiri.

Ruang telefon pintar
Ruang pengalaman VR

Dengan rekaan moden, stor ini ini menawarkan ruang pameran dan ruang legar seluas 4,241 kaki persegi. Pengunjung boleh melihat dan memegang kesemua model peranti Samsung termasuk telefon pintar, tablet, peranti boleh pakai, dan aksesori yang dipamerkan.

Ekosistem di dalam kedai ini juga membolehkan pengunjung menikmati pengalaman VR di zon yang disediakan. Disamping itu, pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan selepas pembelian di kaunter tertentu sekaligus dapat memenuhi pengamalan Samsung sepenuhnya.

Ruang aksesori
Ruang Cafe

Sempena pembukaan Samsung Premium Experience Store ini, Samsung secara eksklusifnya mengadakan promosi menarik. Bermula 18 Februari 2018, pelanggan yang membeli peranti Galaxy Note8, Note FE, S8, S8+ dan A8+ akan menerima hadiah bernilai RM347. Hadiah ini merupakan pelindung skrin (RM99), fon telinga Bluetooth (RM99), serta pelan perlindungan (RM149).

Bukan itu sahaja, Samsung turut memberikan ClearPlex ProtectionPro (RM99) secara percuma kepada 50 pelanggan pertama dan promosi-promosi yang lain.

Maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang Samsung Malaysia.

You might also like