
Boost
, bukan hanya sebuah aplikasi tambah nilai prabayar sahaja, malah Boost kini terkenal sebagai aplikasi e-dompet pilihan yang mencipta fenomena dalam pasaran teknologi kewangan (fintech) dengan pelbagai ciri-ciri menarik.
Bukan itu sahaja, melalui usahasama dengan pelbagai peniaga merentasi segmen remaja dan pengguna umum di kedai fizikal, online stores, pasar malam, food truck, medan selera terpilih yang merentasi pelbagai industri seperti makanan & minuman (F&B), hiburan, pengangkutan, dan kedai buku.
Memberi fokus kepada elemen sosial di kalangan pengguna, ia telah menjadi pemacu utama dengan memperkenalkan ciri-ciri baru termasuk Imbas & Bayar, Menghantar/Meminta Wang dan Membayar Bil memberikan pengalaman menarik kepada pengguna aplikasi Boost.
Sempena Tahun Baru Cina ini, Boost bakal melancarkan kempen ‘Paint The Town Red’, di mana kod QR merah boleh didapati di semua peniaga rakan kongsi atas dan luar talian di seluruh negara. Pengguna boleh mengimbas kod istimewa ini menggunakan telefon pintar membuat transaksi harian.
Boost akan memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru yang akan memeriahkan lagi penggunaan aplikasi, di mana Ang Pow akan diberikan melalui aplikasi pengguna bermula dari 30 Januari 2018 hingga 28 Februari 2018.
Pengguna hanya perlu melakukan langkah-langkah di bawah untuk menerima Ang Pow :
1. Bayar menggunakan aplikasi Boost di kedai dalam atau atas talian (online).
2. Lakukan pembelian baucar digital, tambah nilai prabayar & pembayaran bil pascabayar Celcom.
3. Sertai permainan Kongsi & Terima Ang Pow.
Bukan itu sahaja, banyak promosi lain yang bakal dijalankan dalam masa yang terdekat. Semak aplikasi Boost untuk maklumat terkini tentang promosi hebat.

