Meriahkan Jualan Shopee 11.11, OPPO Tawar Diskaun Hingga 59% – Bermula 30 Oktober 2019!

OPPO berbesar hati meraikan pesta beli-belah mega Shopee 11.11 dengan tawaran istimewa buat semua – tawar diskaun sehingga 59 peratus untuk sejumlah produk terpilih. Bagi yang berminat, promosi bakal bermula pada 30 Oktober 2019.

Lebih menarik, korang juga berpeluang mendapat baucar menarik daripada OPPO bernilai RM200 dan boleh digunakan untuk pembelian aneka produk menerusi kedai terpilih. Lagi banyak berbelanja, lagi banyak baucar dapat!

Selain itu, korang turut berpeluang memenangi baucar menarik bernilai RM100 dengan hanya bermain Shopee Quiz dan tonton live di aplikasi Shopee! Jadi, bersiap sedia untuk kuiz hari ini pada jam 12 tengah hari dan tonton live pada 30 Oktober, jam 5 petang bagi merebut baucar menarik ini!

You might also like