Kerjasama Maxis Dan Malaysia Airlines Beri Pelbagai Tawaran dan Diskaun Buat Pengguna Maxis Dan Hotlink

Kepada sesiapa yang ingin melancong pada tahun ini, ada berita baik untuk anda. Maxis baru-baru ini telah bekerjasama dengan Malaysian Airlines untuk menawarkan lebih nilai pelancongan kepada pelanggan Maxis dan Hotlink menerusi tiga program sepanjang tahun ini.

Program-program tersebut adalah Malaysia Airlines Ultimate Travelicious Deals, Program MHexplorer Student Travel dan Diskaun Maxis dan Hotlink eksklusif melalui aplikasi MH Mobile.

Bagi Malaysia Airlines Ultimate Travelicious Deals, anda akan menikmati diskaun tambahan pada tiket penerbangan mereka semasa kempen Malaysia Airlines Ultimate Travelicious Deals, yang akan berlangsung dua kali setahun. Untuk kempen pertama, yang akan berlangsung dari 29 April hingga 13 Mei 2019, pelanggan Maxis dan Hotlink boleh menikmati diskaun sehingga 55% pada tiket penerbangan antarabangsa dan domestik bagi tempoh pelancongan 29 April 2019 hingga 31 Mac 2020.

Ini perkara yang perlu dilakukan bagi menikmati tawaran ini:

  1. Muat turun aplikasi MyMaxis, Hotlink RED, Hotlink Flex dan MyMaxis Biz dari Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Klik Tawaran dan pilih “Malaysia Airlines Ultimate Travelicious Deals”.
  3. Muat turun kod promo dan klik pada pautan di bawah laman Tawaran untuk membuat tempahan penerbangan.

Untuk melihat tawaran pelancongan menarik ini, sila klik di sini.

Dalam pada itu, bagi Program MHexplorer Student Travel pula menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk penerbangan para pelajar. Pelanggan Hotlink dan Maxis yang mendaftar untuk Program MHexplorer Student Travel akan berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Bali, Tokyo, Seoul atau Osaka, mulai sekarang hingga akhir bulan Mac 2020.

Selain itu, semasa promo Friends & Family MHexplorer, yang akan berlangsung dua kali setahun, pelanggan Maxis dan Hotlink dapat menikmati 2X Enrich miles apabila mereka membeli tiket penerbangan, dengan memuat turun kod promo dari aplikasi Hotlink Flex, Hotlink RED atau MyMaxis dan memasukkan kod tersebut apabila membuat pembelian.

Pelanggan Maxis dan Hotlink boleh mendaftar untuk Program MHexplorer dengan klik di sini.

Pelbagai tawaran eksklusif untuk pelanggan Maxis dan Hotlink boleh didapati di aplikasi MH Mobile tiga kali setahun, bermula dari separuh kedua tahun ini, di mana mereka boleh menikmati diskaun sehingga 30% untuk tiket penerbangan ke mana-mana destinasi antarabangsa dan domestik. Pelanggan akan diberi makluman melalui aplikasi dan juga SMS apabila jualan tersebut bermula.

Bagi menikmati lebih banyak tawaran Maxis dan Hotlink lagi, sila layari laman Tawaran di aplikasi MyMaxis, Hotlink RED, Hotlink Flex atau MyMaxis Biz.

You might also like