HONOR 20 Pamer Penerimaan Menakjubkan Dari Peminat, Terjual Lebih Sejuta Dalam 14 Hari Di China

Jenama peranti popular, HONOR hari ini mengumumkan bahawa ketersediaan peranti perdananya, HONOR 20 susulan daripada rekod prestasi jualan yang sangat tinggi yang mana ia terjual lebih dari sejuta unit di China dalam masa hanya 14 hari sahaja. HONOR turut muncul sebagai performing brand no 1 selama 5 tahun berturut-turut pada 618 Sales Day on JD.com.

HONOR 20 telah dijual di Malaysia, Perancis, Jerman, Rusia dan UK. Bagi Itali dan Belanda, ia akan di jual mulai hari ini manakala India pula pada 25 Jun dan Poland pada 28 Jun serta Sepanyol pada awal Julai. Dalam pada itu, HONOR 20 Pro pula melangkaui RMB 100 juta (kira-kira USD 15 juta) selepas ia mula dijual pada 18 Jun lalu.

Di Malaysia, jualan peranti HONOR 20 ini disertakan dengan kempen ulang tahun HONOR nyata menerima reaksi positif dari seluruh rakyat Malaysia. Pembeli pertama peranti ini di Malaysia, Yap Loo Swan, berkongsi keterujaannya menjadi individu pertama di Malaysia memiliki peranti ini.

HONOR 20 kini tersedia di kesemua HONOR Experience Stores, Hihonor dan kedai rasmi HONOR di Shopee. Ia dijual pada harga RM1699 dan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM500.

 

You might also like