
Poco M3 Pro 5G Bakal Hadir Dengan Lensa Utama 48MP??
Ada satu maklumat terdedah mengenai peranti baharu Poco iaitu Poco M3 Pro 5G yang mana ia mungkin dihadirkan dengan sistem 3 kamera dengan lensa utama adalah 48MP!!

Dua lagi lensa kamera peranti ini masih belum didedahkan namun berkemungkinan ia mungkin hadir dengan lensa 2MP bagi kedua-dua lensa tersebut.
Selain itu, berkemungkinan, peranti ini bakal hadir dengan skrin bersaiz 6.5″ dan kadar segar semula 90Hz. Dari aspek dalaman pula, ia hadir dengan pemproses MediaTek Dimensity 700.
Jadi, sama-sama kita nantikan ketika ia dilancarkan kelak.