
Hari ini honor dengan bangganya mengumumkan penjualan honor 7X pada hari pertama berjaya memecahkan rekod sedia ada honor untuk 3 tahun sebelum ini. Produk terbaru keluaran honor ini sememangnya berjaya memikat hati para peminat honor dan rakyat Malaysia sebagai sebuah peranti berbaloi untuk dimiliki pada tahun ini.

Penjualan hebat ini telah berlangsung pada 18 Disember yang lepas di laman rasmi e-dagang, Vmall. Pada hari tersebut juga, pelanggan yang membeli honor 7X diberikan harga yang cukup istimewa dengan potongan harga sebanyak RM200. Jualan atas talian ini secara tidak langsung telah menenggelamkan penjualan peranti lagenda, honor 3C.
Honor 7X menampilkan rekaan yang mantap dengan skrin 18:9 FullView Display bersama fungsi dwi kamera utama. Bagi anda yang terlepas untuk memiliki honor 7X, anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai sah honor atau Vmall bermula 22 Disember ini pada harga runcit RM1,099.

Sebagai tanda penghargaan, pelanggan juga akan diberikan satu keping sarung peranti eksklusif Lords Mobile, sementara stok masih ada.
Reviu Eksklusif (Bah. 1): honor 7X, Model Pertama honor Tampil Dengan Paparan 18:9

