
Bersempena acara beli-belah terbesar jualan 11.11 hari ini, nampaknya banyak pihak yang berlumba – lumba menawarkan harga terbaik untuk orang ramai. OPPO juga tidak mahu ketinggalan apabila mereka kini menawarkan harga baru untuk siri OPPO Reno – di mana bermula pada harga RM1,699!

Untuk makluman, korang kini boleh memiliki OPPO Reno pada harga RM1,699 (harga asal : RM1,999). Manakala, OPPO Reno 10x Zoom pula ditawarkan pada harga RM2,999 (Harga asal : RM3,399). Ha! Menarik bukan? Jadi! Bagi yang berminat, korang boleh dapatkannya menerusi beberapa saluran berbeza termasuk OPPO Concept Stores, OPPO Official Sales Point seluruh Malaysia, OPPO Official Website, Lazada dan Shopee.

