Rasmi! Honor 7X Dilancarkan Pada Harga RM1,099 Di Malaysia

honor secara rasminya mengumumkan SonaOne sebagai duta jenama di majlis pelancaran.

honor yang merupakan jenama yang sedang meningkat naik di Malaysia hari ini melancarkan sebuah telefon pintar terbaru honor 7X ke pasaran Malaysia. Peranti ini ialah sebuah telefon berspesifikasi pertengahan dengan rekaan yang premium.

Sudah kita sedia maklum, peranti honor yang diperkenalkan sering memiliki tanda harga mampu milik. Jadi dengan pengenalan ini, honor 7X akan dijual pada harga RM1,099 di Malaysia bermula 22hb Disember 2017.

Peranti ini turut menampilkan rekaan luaran yang sedikit berbeza dengan model honor yang lain. Apa yang boleh dilihat, panel depan kini menggunakan skrin hampir penuh 18:9 bersaiz 5.93 inci beresolusi HD penuh+. Sistem yang menghidupkan keseluruhan peranti dijana oleh Android 7.0 Nougat yang turut dibantu sistem antaramuka EMUI 5.1 terus dari kotak.

Salah satu fungsi menarik pada honor 7X, adalah Gesture Trigger. Menurut honor, fungsi ini sangat sesuai untuk yang suka berswafoto tetapi tidak berapa pandai untuk berswafoto. Jadi dengan adanya fungsi ini, anda boleh gunakan sahaja gerakan gesture tangan untuk selfie. Wow~senang la…

Skrin tidak mudah retak kerana honor meletakkan kusyen yang dipanggil “Airbag” di empat penjuru kerangka honor 7X.

Kuasa dalaman diperkuatkan dengan cip Kirin 659 bersama RAM 4GB dan storan 64GB. Ia juga menyediakan ruangan kad microSD dan dua SIM pada bahagian tepi kerangka.

Lensa kamera honor 7X dibekalkan dengan dwi sensor 16 Megapiksel + 2 Megapiksel f/2.2 yang menawarkan ciri PDAF serta LED flash. Sementara lensa depan untuk swafoto terdapat sensor 8 Megapiksel f/2.0 selain menyokong rakaman video HD penuh.

Perkakasan terpenting yang dimasukkan juga adalah sebuah bateri sebesar 3,340mAh melalui sambungan kabel USB 2.0. Mnaakala keselamatan peranti juga lebih terjamin dengan adanya pengimbas cap jari di bahagian belakang.

Setiap pembelian honor 7X, boleh mendapatkan casing Lords of Mobile secara percuma.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya di kedai-kedai sah yang berdekatan, atau melanggan laman e-dagang rasmi Vmall dan Lazada bermula 22hb Disember 2017.

Sebagai tanda penghargaan kepada peminat honor, anda boleh dapatkan honor 7X (warna hitam) dengan harga RM999 pada 18hb Disember nanti, jam 3pm-4pm menerusi laman e-dagang Vmall atau Lazada. (**Stok terhad sahaja)

 

Baca juga:

 

You might also like