Digi Lancarkan Video ‘Bagaimana Isu Seksual Bawah Umur Bermula’

Semakin dunia teknologi berkembang maju, semakin ramai kanak-kanak dan remaja terdedah kepada risiko serangan gangguan seksual. Ini berpunca daripada sikap mereka yang suka berkongsi maklumat peribadi secara terbuka di media sosial.

Menyedari isu ini, Digi selaku pembekal rangkaian mudah alih terkemuka Malaysia hari ini telah melancarkan video yang diberi nama ‘Fight Against Predators’. Video ini iaitu sebuah video kempen kesedaran yang mendapat kolaberasi bersama agensi pengiklanan, NagaDDB Tribal.

8 cara bagaimana pemangsa mengenali mangsanya

Ia merupakan salah satu daripada program Digi CyberSAFE yang diperkenalkan khusus kepada remaja bawah umur di Malaysia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh PDRM, sebanyak 80% kes rogol telah berlaku di Malaysia dan rata-rata mangsa adalah di bawah umur.

Kebanyakan pemangsa terdiri daripada golongan atasan yang ingin membina hubungan emosi dengan seorang kanak-kanak untuk mendapatkan kepercayaan mereka untuk tujuan penyalahgunaan seksual, eksploitasi seksual, atau pemerdagangan.

Jadi dengan program yang dilaksanakan ini, sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada ibu bapa bagaimana anak-anak mereka terdedah kepada dunia luar. Selain, program ini diharapkan dapat memantau aktiviti sosial anak-anak mereka terutamanya di atas talian.

 

Bermula 8 sehingga 18 Disember 2017 bertempat di MIECC, The Mines, Digi mengajak ibu bapa bersama anak-anak untuk turun padang menyertai aktiviti yang dijalankan di gerai CyberSAFE. Di sana, pengunjung akan diberitahu dengan lebih lanjut mengenai program yang dijalankan.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh layari Digi CyberSAFE.

You might also like