Apple iPhone 8 Dikurangkan Sehingga RM370 Untuk Semua Varian

Gedung beli-belah e-dagang, Lazada baru-baru ini dilantik sebagai pengedar sah Apple di Malaysia. Ia secara tidak langsung memudahkan lagi pengguna mendapatkan pelbagai produk Apple di hujung jari pada harga yang lebih menarik.

Bersempena pelantikan dan menyambut tarikh keramat 12.12, kini Lazada mengadakan promosi barangan Apple terutamanya iPhone pada harga jauh lebih rendah berbanding penjual sah yang lain.

Bagi yang ingin mendapatkan peranti terbaru iPhone 8, untuk varian 64GB kini ia dijual pada harga RM3,279 (asal RM3,649) manakala varian 256GB pada harga RM4,049 (asal RM4,399). Kedua-dua varian ini boleh didapati dengan semua pilihan warna antaranya Space Grey, Gold, dan Silver.

Selain daripada penawaran ini, pengguna juga boleh mendapatkan iPhone 7 pada harga bermula RM2,449 sementara iPhone 6 pula berharga RM1,499. Untuk mereka yang sedang mencari aksesori tambahan, Airpods kini ditawarkan pada harga RM680 di samping aksesori pilihan yang lain.

Jadi, ini adalah masa yang sesuai untuk anda mendapatkan barangan Apple pada harga yang terbaik. Layari Lazada sekarang sementara promosi masih ada.

You might also like