
Melalui Kempen Go-eCommerce Onboarding dari 1 Julai hingga 31 Disember 2021, Boost akan menawarkan senarai manfaat berikut:

- Kadar diskaun pedagang (MDR) SIFAR sehingga 31hb Disember. MDR ialah fi kecil yang dikenakan kepada peniaga pada kadar ditetapkan untuk setiap transaksi.
- Fi SIFAR untuk pendaftaran dan ‘onboarding’
- Tiada fi pelantar yang mahal
- Insentif untuk peniaga bernilai sehingga RM500
- RM10,000 ganjaran tunai x 10 pemenang peniaga Grand Lucky Draw
- Pembayaran mudah dengan Boost Business Payment Link, ciri pembayaran tanpa kontak yang membolehkan peniaga menghantar pautan URL pembayaran kepada pelanggan menggunakan mana-mana aplikasi penghantaran mesej
- Bantuan untuk memulakan perniagaan secara online
- Bantuan pemasaran digital
Untuk menggalakkan penggunaan e-dompet di PKS mikro tempatan, bermula 12 Julai, pengguna Boost boleh menikmati Cashback bernilai sehingga RM30 di Go-eCommerce Partner Wallet apabila bertraksaksi dengan pedagang tempatan. Cashback yang ditawarkan bertujuan menggalakkan transaksi berulang antara peniaga dan pelanggan. Setiap transaksi dengan perbelanjaan minimum RM20 membolehkan pengguna menerima RM3 cashback sebanyak maksimum 10 kali sepanjang tempoh kempen. Pengguna boleh menerima cashback ini dengan hanya membayar menggunakan Boost melalui Boost DuitNow QR atau Boost Business Payment Link di mana-mana pedagang tempatan.
Selain itu, Boost juga sedang mengusahakan solusi e-dagang end-to-end in-app pada tahun ini, untuk meningkatkan fungsi pelantar e-dompet omnisaluran.
PMKS yang berminat untuk onboarding dengan Boost bawah Kempen Go-eCommerce Onboarding boleh mendaftar dengan melayari http://myboost.com.my/business/campaign/go-ecommerce. Selepas mendaftar, wakil pasukan Pedagang Boost akan menghubungi dalam tempoh 5 hari bekerja.
Pengguna boleh mendapat maklumat terkini dengan mengikuti saluran media sosial rasmi Boost di Facebook (facebook.com/myboostapp) dan Instagram (instagram.com/myboostapp). Sebagai alternatif, sila layari www.myboost.com.my.