BLU Vivo X Dilancarkan Dengan Paparan 18:9 Dan Empat Kamera

BLU telah mengumumkan keberadaan peranti terbaru mereka ke pasaran global dengan memperkenalkan Vivo X. Pertama kali dalam barisan pengeluaran jenama BLU, ia didatangkan dengan paparan nisbah 18:9 bersaiz 6-inci beresolusi 1440 x 720p Corning Gorilla Glass 3. Ini sekaligus menjadikan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 80 peratus.

Satu lagi kelainan dalam model ini berbanding model yang terdahulu, ia lengkap dengan empat kamera. Sistem dwi kamera di belakang menempatkan 13 MP + 5 MP, sementara dwi kamera untuk swafoto pula dibekalkan sensor 20 MP + 8 MP dengan lensa sudut lebar 120 darjah. Kedua-duanya dibantu oleh aperture sebesar f/2.0.

Peranti ini dijana menerusi cip pemproses MediaTek Helio P25 Octa-core 2.6GHz yang digandingkan bersama RAM sebesar 4GB dan storan seluas 64GB dengan sokongan kad microSD.

Untuk melengkapkan spesifikasi, terdapat pengimbas cap jari di permukaan belakang peranti selain bateri berkapasiti 4,010mAh menyokong pengecasan pantas 10W. Sistem operasi menjana Android 7.0 Nougat disamping slot dwi-SIM di bahagian sisi kerangka.

BLU Vivo X mula dipasarkan di pasaran negara asal mereka, Amerika Syarikat pada harga $250 (kira-kira RM979) dalam pilihan warna hitam.

Bagi yang belum pernah mendengar jenama ini, BLU telah melancarkan beberapa model peranti mereka ke pasaran Malaysia pada bulan April tahun lalu.

Sumber

You might also like