
Siri Huawei P30 Dedah Lagi Kebolehan Rakaman Video Zum + Dual-View Video
Semakin dekat pelancaran rasmi siri HUAWEI P30, semakin jelas teknologi inovasi yang sebelum ini hanya ura-ura kini mendapat kepastian dari HUAWEI sendiri.
Selain video yang memperlihatkan kehebatan rakaman video dalam pencahayaan rendah, hari ini HUAWEI mendedah lagi dua video yang menunjukkan kebolehan rakaman video zum dan ciri Dual-View video yang sangat menarik.
[ BACA: Video Penggoda Baru Siri HUAWEI P30 Dedah Kehebatan Fotografi Malam ]
Bagaimana dapat merakam dua gambaran pada masa yang sama? Video pendek ini menggambarkan bahawa Siri HUAWEI P30 mempunyai keupayaan merakam dua gambar dari jauh dan dekat pada masa yang serentak.
Video ini dipisahkan menjadi dua, di mana sebelah kiri memaparkan gambar jarak dekat manakala sebelah kanan memaparkan pemandangan panorama dengan lensa sudut lebar.
Satu lagi video memperlihatkan kehebatan zum luar biasa pada siri P30 ini, di mana objek jauh boleh diambil dengan sangat jelas di bawah sokongan 10x hibrid zum dan 50x digital zum. Prestasi zum ini terbukti dengan teaser yang telah dikeluarkan sebelum ini antaranya perkahwinan Fasha Sandha, konsert Wang Leehom dan Blue.
Apa-apa pun nantikan laporan lebih terperinci dari kami pada 26 Mac 2019, 9 malam ini.
__________________________
Artikel Berkaitan:
- Spesifikasi Kamera HUAWEI P30 Pro Terdedah – 4 Kamera Leica + 10x Hibrid Zum + 50x Digital Zum
- HUAWEI Terus Mengacah Kehebatan Kamera Siri HUAWEI P30 – Keupayaan Fungsi ‘Super Zoom’
- TERBAIK! HUAWEI Tawar Hadiah Menarik Untuk Pelancaran Siri HUAWEI P30 Di Malaysia – HUAWEI Backup

