
Spesifikasi Kamera HUAWEI P30 Pro Terdedah – 4 Kamera Leica + 10x Hibrid Zum + 50x Digital Zum
Tak sampai seminggu lagi siri Huawei P30 akan diumumkan, seperti biasa spesifikasi dan reka bentuk akan didedahkan secara berperingkat oleh pihak ketiga bahkan orang Huawei sendiri.
Terkini Huawei Singapore secara tidak sengaja telah mendedahkan semua fungsi kamera P30 Pro dan P30 di laman rasmi mereka, walaupun halaman tersebut kini telah dipadam.
Melalui ketirisan tersebut, membuktikan P30 Pro akan hadir dengan 4 lensa yang terdiri daripada kamera utama 40MP Huawei SuperSpectrum yang menyokong teknologi OIS, satu lensa telefoto periskop, lensa Leica Ultra Wide Angle dan kamera HUAWEI TOF.
Gabungan lensa ini membolehkan P30 Pro mencapai 10x hibrid zum dan sebanyak 50x digital zum, bermakna kebolehannya 2 kali lebih bagus berbanding 5x hibrid zum pada Mate 20 Pro.
Selain itu, keupayaan penggambaran malam turut dipertingkatkan, di samping ciri HUAWEI Dual-View Video membolehkan anda merakam video serentak dari kamera utama 40MP dan lensa telephoto.
Teknologi lain termasuk juga sistem pengecasan pantas 40W dan pengecasan tanpa wayar 15W pada P30 Pro, manakala pengecasan pantas 22.5W pada P30. Setelah membaca lebih menanti ketibaan siri P30 kan? Jangan lupa bersama kami menonton Live pada 26 Mac, 9 malam ya.
[ SUMBER ]
________________________
Baca Juga:
- Video Penggoda Baru Siri HUAWEI P30 Dedah Kehebatan Fotografi Malam
- erusi PS4 Masih Boleh Nikmati Konsert Seakan Kerusi VIP – Terima Kasih Kepada HUAWEI P30!
- Tak Payah Bayar RM5K, Guna HUAWEI P30 Pun Boleh Rakam Gambar Kahwin Dengan Cantik…
- Gambar Konsert Di Tangan Anda! Keupayaan Kualiti Gambar Terbaik Hanya Dari Siri HUAWEI P30!
- Tak Rugi Kalau Tunggu Siri HUAWEI P30 – Menjamin Kepuasan Berkali Ganda!
- Geekbench Dedah Skor HUAWEI P30 – Lebih Tinggi Berbanding HUAWEI P30 Pro?!

