Memastikan Keselamatan Si Kecil Dengan MaxisONE Kid

1108
- Iklan -

1Keselamatan kanak-kanak adalah satu aspek yang paling penting di dalam keluarga, si kecil yang naif mudah menjadi mangsa di tangan individu yang tidak bertanggungjawab. Jika anda sedang mencari-cari alternatif untuk memantau keselamatan kanak di bawah jagaan anda, Maxis kini menawarkan satu pelan yang dikenali sebagai MaxisONE Kid.

2Ia merupakan pelan pasca bayar yang hadir bersama peranti QQ Watch yang membolehkan anda berhubung dengan kanak-kanak melalui panggilan suara dan menghantar notifikasi semasa kepada ibu bapa. Selain itu jam tangan ini membolehkan si kecil menghantar mesej kecemasan kepada ibu-bapa sekiranya mereka berada di dalam keadaan bahaya atau terdesak.

2MaxisONE Kid hadir dengan 500MB data Internet, panggilan tanpa had kepada 10 nombor (semua telco) dan pesanan suara. Kos mendapatkan pelan ini adalah RM58 sebulan, namun sekiranya anda pelanggan sedia ada MaxisONE Plan 98 dan ke atas, anda akan menerima rebat RM20 setiap bulan.

3Untuk mendapatkan pelan ini anda perlu ke stor Maxis di KLCC, Mid Valley, TTDI atau Sunway Pyramid.