Xiaomi Mi Note 2 Diperkenalkan! Ada Sikit Macam…

3
Adakah mirip Galaxy Note7?

Xiaomi baru je mengumumkan peranti flagship terbaru mereka, Mi Note 2 yang dilengkapi skrin dwi melengkung di dua sisi, panel gelas di bahagian belakang, kamera berspesifikasi tinggi…macam biasa dengar je kan deskripsi ni, macam tengah menceritakan peranti Samsung Galaxy Note7 yang sudah pun diberhentikan pengeluaran dan penghasilan.

Galaxy Note7 sememangnya salah satu peranti yang kami kagumi kerana kualiti binaan, reka bentuk dan spesifikasinya yang hebat, namun malangnya model tersebut hanya mampu bertahan buat masa yang singkat sahaja.

2
Rekaan nipis dengan kerangka yang cukup menawan.

Jika anda rindukan Galaxy Note7 mungkin anda boleh menunggu pula Mi Note 2. Rekaannya mirip Galaxy Note7 dan berdasarkan imej yang dikongsikan semasa pelancaran, nampaknya Xiaomi benar-benar serius dalam pelancaran model ini dengan melengkapkannya dengan spesifikasi yang cukup hebat.

Spesifikasi utama Mi Note 2
Paparan 5.7 inci OLED
Cip Pemproses Qualcomm Snapdragon 821
RAM 4 GB / 6 GB
ROM 64 GB / 128 GB
Kamera Utama: 22.5 megapiksel
Hadapan: 8 megapiksel
Bateri 4,070mAh

 

Kami akan pastikan anda menerima berita semasa berkenaan peranti ini sekiranya ia dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia.

You might also like