
Google Pixel XL, Peranti Mesra Baik Pulih
Berita baik buat mereka yang bercadang mahu mendapatkan Google Pixel XL, laman informasi baik pulih terkenal iFixit mengelaskan Google Pixel XL antara peranti yang senang untuk dibaik pulih.
Salah satu sebab utama mengapa peranti ini mudah dibaik pulih adalah komponennya yang bersifat modular memudahkan peranti ini diceraikan. Walau bagaimanapun, iFixit menyatakan bahawa skrin Google Pixel XL berkemungkinan besar akan rosak ketika proses ini dilakukan kerana komponen ini terlalu mudah patah, namun tiada masalah pada komponen lain.
iFixit memberikan skor baik pulih 6 daripada 10 kepada Google Pixel XL, pesaing terdekatnya pula, iPhone 7 Plus mencatat skor 7 dan Samsung Galaxy S7 Edge pula antara yang paling sukar dibaik pulih dengan skor 3.
**Lebih tinggi skor, lebih mudah untuk dibaik pulih.