Xiaomi Mi Watch Rasmi – Jam Pintar Serba Serbi Lengkap & Bateri Lebih Besar!

Seiring pelancaran Xiaomi Mi CC9 Pro, Xiaomi turut muncul dengan jam pintar petama keluaran mereka iaitu Xiaomi Mi Watch. Jam pintar ini membawakan sejumlah ciri dan fungsi menarik yang pastinya membuatkan ramai teruja dan tergoda.

Xiaomi Mi Watch membawakan paparan skrin sentuh persegi berukuran 1.78″ AMOLED dengan kepadatan 326ppi. Bahagian belakang jam ini diperbuat daripada seramik, manakala badan pula diperbuat daripada aloi aluminium dengan kemasa matte. Pada sebelah kanan jam terdapat dua butang fizikal dan mikrofon. Bahagian bawah pula terdapat dok pengecasan dan monitor denyutan jantung.

Beralih pada kemasan tali, ia diperbuat daripada getah fluoro yang mesra kulit. Tersedia dalam pelbagai jenis warna termasuk biru, putih, hitam dan silver. Enjin dalaman jam pintar ini adalah cipset Snapdragon Wear 3100 4G chipset yang menampilkan empat teras Cortex A7 (1.2GHz).

Melengkapinya, bateri sebesar 570mAh dengan keupayaan bertahan sehingga 36 jam atau sehingga dua hari dengan pengecasan tunggal. Ciri menarik lain termasuk NFC , Bluetooth 4.2, Wi-Fi (n), GPS, dan speaker yang mengagumkan. Lebih mengejutkan, Xiaomi menggunakan platform WearOS Google untuk smartwatch ini dan ditawarkan di pasaran China pada harga seperti berikut : CNY 1,299 (kira-kira RM768).

You might also like