Selamat Tinggal Nintendo Wii U

1Nintendo akan menamatkan pengeluaran Wii U hari ini, laman Eurogamer telah memetik beberapa sumber untuk mengesahkan berita ini. Pada kiraan rasmi sehingga 30 September, Nintendo telah menjual 13.36 juta konsol Wii U dan mungkin kita akan melihat sedikit pertambahan pada kiraan terakhir.

Sekadar informasi tambahan, sebanyak 21 juta konsol GameCube telah dijual, manakala 32 juta bagi konsol N64 dijual dan Wii merupakan konsol Nintendo paling berjaya dengan rekod jualan 101 juta unit. Pusat pengeluaran konsol ini di Jepun akan ditutup apabila tempahan terakhir disiapkan.

2Wii U dilancarkan pada November 2012 dan dengan cepat merekodkan jualan beberapa juta unit, kemudiannya jualan konsol ini agak perlahan pada tahun-tahun berikutnya. Bagi tempoh sehingga 31 Mac 2017, Nintendo meramalkan hanya 800 ribu unit Wii U akan dijual, dan ketika ini kuota tersebut telah mencecah 560 ribu (30 September 2016) dan masih berbaki 240 ribu.

Nintendo mahu lebih fokus kepada konsol masa hadapan, dan dengan pengenalan Nintendo Switch yang menerima reaksi yang sangat hangat, kita boleh menantikan sesuatu yang sangat besar dari Nintendo.

You might also like