
Dah Tak Ada Alasan Untuk Lupa Password Lagi
Lupa password ni merupakan masalah biasa di kalangan pengguna, tapi kan sekarang ada banyak aplikasi dan servis untuk menguruskan password dan akaun anda, tetapi masih ramai yang belum menggunakan aplikasi seperti ini, salah satu alasan yang popular adalah kerana ia dikenakan bayaran. Okay, sekarang ni dah tak ada alasan untuk korang tak guna aplikasi dan servis pengurusan password dan akaun lagi, sebabnya…
LastPass merupakan antara servis dan aplikasi yang popular di kalangan pengguna kerana servis yang ditawarkan mereka sangat berkualiti, stabil dan juga selamat. Sekarang ini adalah masa yang sangat tepat untuk anda join menjadi pengguna LastPass sebab mereka sudah menawarkan satu fungsi berbayar secara percuma.
Fungsi yang dimaksudkan adalah sync di antara peranti yang anda miliki. Sebelum ini pengguna versi percuma tidak dapat menikmati fungsi ini dan hanya boleh mengakses beberapa fungsi asas yang terhad. Namun dengan tawaran terbaru LastPass, anda boleh menggunakan LastPass dan menguruskan password dan akaun anda dari tablet, smartphone dan lain-lain peranti yang anda miliki.
Anda cuma perlu muat turun aplikasi dan cipta akaun LastPass, kemudian masukkan butiran akaun yang anda miliki, seperti Twitter dan Facebook ke dalam LastPass. Selepas itu anda boleh log masuk dengan mudah dan pantas akaun-akaun tersebut dengan menggunakan LastPass. Apabila anda memuat turun LastPass ke peranti kedua, ia secara automatik akan menyalin data anda dari peranti utama.
Muat Turun
https://www.youtube.com/watch?v=Nn-viIGQSsM&feature=youtu.be