Android Wear 2.0 Mungkin Tiba Awal Februari

1420
- Iklan -

1Google memaklumkan para developers bahawa mereka merancang untuk melancarkan secara rasmi Android Wear 2.0 sekitar awal Februari. Sebelum ini, syarikat itu berkata kemas kini sistem operasi smartwatch akan diperkenalkan pada “awal 2017”, namun tiada tarikh spesifik yang disebutkan.

Salah satu kelebihan utama Android Wear 2.0 adalah pengguna tidak memerlukan smartphone untuk memuat turun aplikasi pada jam tangan pintar. Dengan sistem operasi terbaru ini, jam tangan pintar mampu bertindak dan beroperasi secara sendiri tanpa sokongan perisian dari smartphone.

headerGoogle dilaporkan sudah menghantar e-mel memaklumkan jangkaan tarikh pelancaran Android Wear 2.0 kepada para developers bagi memastikan mereka dapat bersiap sedia dengan aplikasi yang serasi dengan Android Wear 2.0.