
Jualan Nokia 6 Bermula 19 Januari…Tetapi Di China
Sudah tidak sabar rasanya untuk melihat Nokia 6 yang baru sahaja beberapa hari lalu diperlihatkan di laman web Nokia. Peranti itu menandakan kemunculan semula jenama Nokia di dalam pasaran peranti pintar dan sebagai tanda peralihan dari sistem operasi Windows Mobile ke Android.
Nokia 6 hanya dijual di China, lantas menyukarkan proses untuk mendapatkan peranti ini. JD COM pula sudah dilantik menjadi wakil jualan eksklusif dan sekarang ini mereka sudah pun mengambil pra-tempahan atas talian untuk Nokia 6.
Bagi mereka yang berimpian mendapatkan Nokia 6, tidak perlu terlalu risau kerana pasti ada pihak ketiga akan cuba membawa masuk peranti eksklusif ini ke dalam pasaran tempatan, seperti senario yang boleh dilihat pada peranti Xiaomi Mi MIX yang kini boleh dibeli di sini.

