
Pengguna Nokia 6 Kini Boleh Mencuba Android Oreo Beta
Juho Sarvikas selaku ketua produk HMD Global dalam laman twitter beliau baru-baru ini berkongsi berita menarik. Kini, para pengguna Nokia 6 boleh menyertai ujian Android Oreo beta pada peranti masing-masing. Sebelum ini, ujian ini telah ditawarkan kepada pengguna Nokia 5 dan Nokia 8 sahaja.
#Nokia6 is now joining the #AndroidOreo beta. Subscribe to #Nokiamobilebetalabs to get the update and help us to make the official release just right! https://t.co/91uhqstnnm pic.twitter.com/78C0ywtNfa
— Juho Sarvikas (@sarvikas) December 19, 2017
Bagaimana untuk mendaftar dalam ujian beta ini? Anda boleh mendaftar minat di Nokia Beta Labs, namun perlu diingatkan versi ini masih lagi belum sempurna dan pihak HMD masih lagi sedang meninjau sebarang kerentanan dalam perisian sebelum ia mula dikeluarkan.
Android 8.0 Oreo menawarkan beberapa ciri baru yang mesra pengguna selain ia lebih efisyen berbanding versi-versi sebelumnya.

