Reviu Eksklusif: Nokia 6, Peranti Android Pertama Keluaran Nokia

HARGA : RM999

Smartphone Android pertama keluaran Nokia yang dikeluarkan oleh HMD Global telahpun dilancarkan pada awal tahun ini, di mana ia menerima pra-tempahan sebanyak 1.3 juta dan habis dijual dalam masa 23 saat sahaja. Fakta menarik, lebih daripada 70% pembeli adalah mereka yang tidak pernah menggunakan Nokia sebelum ini. eRing pasti ramai yang berasa sangat teruja kerana Nokia merupakan lagenda di dalam fasa awal industri telefon bimbit, dan kemunculan semula ini pasti akan menggembirakan ramai di antara kita.

 

SPESIFIKASI

PAKEJ PEMBELIAN

  1. Kotak pembungkusan
  2. Nokia 6
  3. Adapter pengecas
  4. Earphone
  5. Kabel USB
  6. Pin slot kad
  7. Buku manual

 

FIZIKAL

01# Pilihan Warna

Nokia 6 hadir dengan lima pilihan warna dan satu daripadanya merupakan model edisi terhad. Di antara warna yang disediakan adalah Putih, Oren, Biru dan Kelabu serta Hitam untuk edisi terhad.

 

02# Bahan Berkualiti

Nokia sememangnya terkenal dengan tagline peranti tahan lasak, dan ia telah dipraktikkan pada model terbaru ini. Walaupun tidak menyokong sebarang pengiktirafan tahan lasak, Nokia 6 telah diuji.

Anda boleh melihat sendiri video yang kami sediakan untuk mengetahui sejauh mana ketahanan Nokia 6.

 

03# Butang Kawalan

Sisi kanan Nokia 6 telah digunakan secara optima apabila menempatkan butang kawalan fizikal iaitu butang Power yang bertindak sebagai butang Lock/Unlock serta butang kawalan Volume.

Manakala sisi kiri pula kelihatan agak ringkas dengan hanya slot untuk kad SIM jenis hybrid serta kad memori tambahan.

 

04# Port microUSB & Speaker

Pada bahagian bawah kerangka seperti biasa kelihatan penyediaan port microUSB yang berada di bahagian tengah. Bersebelahan kanan kelihatan lubang speaker yang mampu menghasilkan audio berkualiti, di tambah dengan teknologi Dolby Atmos. Manakala bahagian kiri pula kelihatan lubang mikrofon.

 

05# Penggambaran 16MP + 8MP

Walaupun hadir dalam kategori kelas pertengahan, penggambaran Nokia 6 telah dibantu dengan sokongan lensa belakang beresolusi 16 Megapiksel yang kelihatan agak menonjol bersama dual LED flash serta logo Nokia. Manakala kamera depan pula dibekalkan dengan kamera 8 Megepiksel.

 

06# Bateri Li-Ion 3000mAh

Bagi yang mementingkan penggunaan bateri pada sesebuah smartphone, Nokia 6 masih berbaloi untuk dimiliki kerana ia hadir dengan bateri berkapasiti 3000mAh. Namun begitu, bateri smartphone ini tidak boleh ditukar ganti memandangkan ianya menyokong kerangka unibodi.

 

CIRI-CIRI MENARIK

UI Android 7.0 Nougat
(Dari kiri) Android Nougat, Homescreen, Lockscreen
(Dari kiri) Notification, Quick Settings, Recent Apps

 

Penggambaran Utama & Depan
Mod penggambaran pada kamera utama

Kelebihan yang dimiliki oleh Nokia 6 pastinya lensa penggambarannya beresolusi 16 Megapiksel auto fokus dan juga LED flash walaupun hadir dalam kategori kelas pertengahan.

Settings kamera dan rakaman video

Sensor kamera ini turut menawarkan aperture f/2.0 bagi memastikan hasil gambar yang lebih terang di tempat yang kurang pencahayaan serta dalam masa yang sama mengurangkan isu noise.

Kamera depan

Manakala bagi yang gemar berselfie pula, kamera depan telah dibekalkan lensa beresolusi 8 Megapiksel bersama sokongan mod Beauty.

 

Kaedah Pengesahan Biometrik

Bagi mereka yang sangat mementingkan aspek keselamatan smartphone Android daripada diakses oleh individu yang tidak diingini, Nokia 6 merupakan salah satu pilihan yang terbaik buat anda.

Ini kerana, peranti ini telah dilengkapi dengan sokongan kaedah pengimbas cap jari yang boleh mengakses sebanyak lima jari dalam satu-satu masa. Lebih menarik, anda boleh mengakses jari dalam pelbagai posisi kerana ianya menyokong 360 darjah.

 

Teknologi Dolby Atmos

Memandangkan peranti ini telah dibekalkan dengan sebuah speaker yang berkualiti stereo, kedudukan speaker yang terletak di bahagian bawah kerangka sememangnya sangat praktikal untuk tujuan hiburan.

Tambahan pula, ia dilengkapi dengan mikrofon dan juga efek audio profesional daripada Dolby Digital Plus.

 

Power Saver

Walaupun hanya dibekalkan dengan kapasiti bateri yang tidak besar, Nokia 6 telah dilengkapi dengan mod penjimatan bateri yang dipanggil Power Saver. Sepertimana mod penjimatan bateri sebelum ini, ia berupaya mematikan semua aplikasi yang tidak digunakan untuk menjimatkan bateri smartphone anda. Lebih istimewa, anda boleh menetapkan berapa lama masa mod penjimatan bateri yang diperlukan.

▲ Caranya mudah, hanya perlu ke Settings → Battery → Power Saver → ON 

 

HASIL GAMBAR

Indoor
• Flash mode: No flash • Piksel: 4608 x 3456 • Saiz: 2.72MB • Local Length: 3.57mm • Exposure time: 1/33 • ISO: 318
Makanan
• Flash mode: No flash • Piksel: 4608 x 3456 • Saiz: 2.55MB • Local Length: 3.57mm • Exposure time: 1/33 • ISO: 300

 

Malam
• Flash mode: No flash • Piksel: 4608 x 3456 • Saiz: 2.37MB • Local Length: 3.57mm • Exposure time: 1/10 • ISO: 875

 

Swafoto
• Flash mode: No flash • Piksel: 3264 x 1836 • Saiz: 2.04MB • Local Length: 2.52mm • Exposure time: 1/33 • ISO: 367

 

KESIMPULAN

PRO
  • Menampilkan rekaan premium dengan kerangka unibodi serta ketebalan hanya 7.85mm, walaupun ditawarkan dalam kategori kelas pertengahan.
  • Nokia pertama yang dioperasikan oleh Android, dan ianya menyokong OS Android terkini 7.1.1 Nougat.
  • Memandangkan ia dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 430, Octa-core berkelajuan 1.4GHz, peranti ini masih mampu menjanjikan prestasi yang baik sekali.
  • Kapasiti memori dalaman yang lebih besar kini tersedia dalam dua pilihan iaitu 32GB ataupun 64GB, begitu juga dengan RAM yang tersedia dalam kapasiti 3GB ataupun 4GB.
  • Pengimbas cap jari yang sangat responsif ini turut boleh digunakan dalam pelbagai posisi kerana ianya 360 darjah serta menyokong sehingga lima jari dalam satu-satu masa.

 

KONTRA
  • Agak mengecewakan kerana peranti ini tidak menyokong teknologi pengecas pantas yang kami rasa ianya penting pada masa kini, terutamanya buat pengguna tegar smartphone.
  • Sokongan port USB Type-C yang menjadi trend pengeluar nampaknya tidak disediakan pada Nokia 6 yang masih lagi hadir dengan port microUSB.
  • Walaupun menyokong dua slot kad SIM jenis micro, hanya satu kad SIM sahaja yang boleh digunakan jika anda ingin menggunakan memori tambahan kerana ia berkongsi slot kad yang sama.
You might also like