Raikan Hujung Tahun Dengan Ganjaran Hebat Daripada Digi Untuk Pelanggan Pascabayar Setia!

Ceriakan mood hujung tahun korang dengan pelbagai ganjaran hebat daripada Digi! Kini, pelanggan pascabayar Digi boleh menikmati penggunaan internet sepanjang hari dengan tawaran ‘All-Day All-Usage Internet’ daripada Digi!

Melaluinya, korang boleh mengakses data internet pada bila-bila masa (sepanjang hari) dan dimana jua pada setiap bulan. Selain itu, Digi turut meraikan pelanggan setia dengan Bonus Kesetiaan sebagai ganjaran. Melaluinya, pelanggan dapat menikmati internet tambahan sehingga 10GB dan ia boleh dinikmati 2 kali setahun selagi mereka terus setia menggunakan pelan Digi.

Tidak ketinggalan, korang juga boleh memiliki peranti idaman dengan pelan bayaran ansuran Digi PhoneFreedom 365 – 2X peranti pintar dan 2X Internet pada harga bermula RM40/bulan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.digi.com.my.

You might also like